Thursday, November 13, 2008

suatu petang yang best

makan tengahari bersama rr di jalan sari.terus ke gedung singa dengan rr dan orang minyak.meriah dengan gelagat britney wanna be.hajat nak membeli sehelai dua baju,tapi tunggu untuk trip ke jkt.katanya kat lumayan dan murah.tunggu jer lah nanti.

balik dan terus ke gedung barangan dapur di persiaran kayangan.mahu membeli barang dapur yang dah lama kosong.peti ais kat rumah lapar.tak ada benda langsung kat dalam perutnya.kesian.

tiba-tiba teringin pulak nak masak walaupun jam menunjukkan waktu tidur.tapi tak apa lah sebab dah teringin.menu nya, ayam masak kicap dan ikan selar goreng.rr dan corina datang makan dan terus tidur kat sini.


hari yang penuh dengan aktiviti berjalan dan makan.


peti ais dah kenyang dengan makanan.

Saturday, November 08, 2008

buah-buahan tempatan + sirap + nescafe

ada tembikai, jambu batu, sirap dan nescafe.tembikai dari rudin untuk majlis hari raya.jambu batu adi bawakkan.sirap bancuhan terakhir dan nescafe masa minum di 'david'.tak ada benda yang menarik cuma itu saja buah-buahan yang ada kat dalam peti ais sewaktu menerima kunjungan adi ke rumah tadi.



walau bagaimanapun terpaksa meninggalkan adi di rumah sebab 'periuk nasi' memanggil menjalankan kewajipan.tapi sempat jugak membasuh baju dan jemur diampaian.banyak sungguh baju yang dibasuh hari ni.nasib baik ada mesin basuh ajaib.






sapa masih ada lagi wang kerta rm1 macam dalam gambar ni. wang ni masih boleh digunakan lagi walaupun dah lama.tapi tak nak gunalah sebab sayang nak guna.simpan untuk koleksi.

satu petang di 'david' kami main keluarkan duit-duit lama yang ada. ada duit dollar dan euro.

merah+hijau, warna ceria kehidupan.

Tuesday, November 04, 2008

dari bangi bersama cinta, 4.30 pagi


bermula dilaman sesawang akhirnya muncul didepan pintu rumah.bermotosikal dalam kesejukkan malam,gigih menagih cinta.dah lama tak merasa nikmat cinta katanya.mungkin cinta bangi datang lagi? bak bagai dikata cintaku berbeza dari yang lain.sungguh pandai bermain cinta.

penagih cinta tersungkur walaupun dasarnya mahu meneguk dua rasa cinta.tewas...



satu bandaraya.bekas pemain bola sepak.

Monday, November 03, 2008

nokia 5300 untuk di jual


nokia 5300 xpressmusic.masih dalam kandungan baru.beli pada Ogos 2007.penghantaran bersama dengan kotak asli. wayar data, plug musik telinga dan pengecas. harga murah dari kedai terpakai rm300.





murah.sapa nak beli?..

Sunday, November 02, 2008

minum petang,beli-belah & potong rambut


bekereta kuning ke saac mall dengan adi.kami berhajat nak potong rambut.sampai jer,ramai yang menunggu.jalan-jalan saja di sacc mall.jumpa rusdin,terus minum petang di nachos-nachos.kemudian sampain pula erin.dan datang pula ijat berseluar pendek lepas 'jogging' di desa sri alam.minum lagi sambil gossip dan isap rokok.






rusdin mahu pulang kerana 'cerita imaginasi' sudah nak bermula.semua beransur balik.dengan erin ronda-ronda lagi di sacc mall.singgah ke 'thomas si pengunting rambut' dan kami menunaikan hajat kepada rambut.





jalan-jalan singgah ke 'beg coklat besar' tak ada yang menarik. singgah di 'syarikat india' beli celana kecik. jumpa acik dan anak-anak. kami pulang.berkereta hijau ke 'david' isi perut. anggam muncul dan isap rokok sebatang dua. kereta hijau hantar ke rumah.



seronok.puas dan potong rambut.

cab hijau putih

teksi hijau putih tertera Lembah Klang, tapi beroperasi di Shah Alam. baik dan tidak berkira. tak macam perkhidmatan 'puncak akhir'. call tapi setengah jam baru terhegeh-hegeh nak sampai. tapi teksi putih hijau nie lain pulak. call 5 minit dah muncul. dah tuu siap boleh lepak-lepak dan bergurau senda.






seronok.nak naik cab putih hijau lagi lah.