Thursday, November 13, 2008

suatu petang yang best

makan tengahari bersama rr di jalan sari.terus ke gedung singa dengan rr dan orang minyak.meriah dengan gelagat britney wanna be.hajat nak membeli sehelai dua baju,tapi tunggu untuk trip ke jkt.katanya kat lumayan dan murah.tunggu jer lah nanti.

balik dan terus ke gedung barangan dapur di persiaran kayangan.mahu membeli barang dapur yang dah lama kosong.peti ais kat rumah lapar.tak ada benda langsung kat dalam perutnya.kesian.

tiba-tiba teringin pulak nak masak walaupun jam menunjukkan waktu tidur.tapi tak apa lah sebab dah teringin.menu nya, ayam masak kicap dan ikan selar goreng.rr dan corina datang makan dan terus tidur kat sini.


hari yang penuh dengan aktiviti berjalan dan makan.


peti ais dah kenyang dengan makanan.

1 comment: